Jam menunjukkan pukul 2 petang. Dia masih setia menunggu. Sesekali, dia membelek-belek majalah di rak sambil menjeling-jeling ke arah jam dinding yang kadang-kadang berdetik.
Tik tok. Masa dibiarkan begitu sahaja.
Tiba-tiba, lagu "For the rest of my life" yang menjadi nada dering telefonnya berkumandang.
"Hello"
"Hello, Yang! Sorry sangat-sangat. I ada meeting dengan bos tadi. Kejap lagi I sampai, ok? Kita lunch sama."
"Hm, ok Sayang. Bye."
Perbualan diakhiri dengan hela nafas yang perlahan. Dia tidak pasti, apa di dalam hatinya. Rancangan untuk sarapan pagi bersama kini menjadi rancangan untuk makan tengah hari pula. Dia berjalan dengan perlahan ke dapur, memotong epal, limau dan jambu batu yang tersusun di dalam mangkuk buah-buahan. Sambil itu, dia menuang jus ke dalam gelas dan diteguknya. Habis dijamah kesemua buah-buahan yang dipotong tadi.
Kemudian, dia mejeling-jeling ke arah telefon jikalau ada pesanan ringkas yang masuk. Kosong. Dia menghela nafas yang panjang.
Dia mula menaip.
"Sayang, you dekat mana dah?"
Bib bip. Mesej masuk.
"Sekejap ye Yang. I ada hal sikit."
Sekali lagi, dia menghela nafas yang panjang.
Dia duduk di hadapan televisyen, membelek-belek cerita untuk ditonton. Ya, siri kegemarannya! Sambil berbaring di atas sofa, dia menonton siri itu sehingga terlelap.
Sekali lagi, nada dering "For the rest of my life" berkumandang. Dia terjaga. Dia menjeling ke arah jam dinding, 6.30 petang.
"Hello."
"Hm, Sayang..."
"Yang, you buat apa?"
"I tengok tv tadi. Lepas tu tertido. You dah dekat mana?"
"I tengah drive. Ada hal sikit ni. Hm, you dah makan belum?"
"Belum. I tunggu you."
"I rasa I tak sempat nak makan dengan you ni. You makan dulu ok? I dah makan dengan bos tadi."
Entah dari mana, tiba-tiba air matanya berlinangan.
"Yang?"
"Hm, ok..."
Telefon diletaknya. Air matanya semakin deras mengalir. Dia tidak pasti, apa yang sedang dirasakannya. Tetapi yang pasti, dia tidak dapat menahan perasaan itu.

No comments:
Post a Comment